M'sia dijangka panas kering 3 bulan



FASA kedua Monsun Timur Laut yang kini mula melanda negara akan menyebabkan cuaca kering dan panas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, fenomena itu yang disusuli dengan pengurangan taburan hujan diramal akan berterusan sehingga hujung mac ini.

Negeri yang sudah dilanda fenomena itu adalah di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu.

"Dua negeri ini juga dijangka menerima defisit hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa.

"Pada bulan Februari, situasi sama dijangka akan turut merangkumi Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah," kata kenyataan itu.

Difahamkan juga,  Melaka dan Negeri Sembilan, walaupun dijangka akan menerima jumlah hujan yang biasa namun Februari merupakan bulan yang sememangnya kurang hujan," katanya.

Tambah MET lagi, pada penghujung Monsun Timur Laut kebiasaannya negara akan mengalami cuaca yang agak panas di kawasan tertentu.

Susulan fenomena itu, MET turut menjangkan paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya," katanya.

Post a comment

0 Comments