M'sia teruskan misi bawa pulang rakyat di Hubei




AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membawa pulang 80 rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, China dengan menggunakan penerbangan komersial secepat mungkin.

Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah keputusan itu dibuat susulan keputusan kerajaan China yang tidak membenarkan pesawat tentera digunakan bagi membawa pulang rakyat negara ini.

Jelas Saifuddin, operasi membawa rakyat Malaysia yang terperangkat di negara itu susulan wabak Koronavirus   boleh dilakukan dalam masa dua hingga tiga hari.

“Pesawat itu juga akan membawa pegawai perubatan. Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan (di China) dan mereka akan diperiksa sekali lagi apabila tiba di Malaysia.

“Mereka mungkin dikuarantin untuk seketika sebelum dilepaskan,” katanya dalam satu program di Pahang.

Sementara itu, Saifuddin menjangkakan kerajaan China akan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam menjayakan misi tersebut.

Pada 29 Jan, kerajaan membuat keputusan untuk membawa balik rakyat Malaysia dari Hubei.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai kecemasan global.

Difahamkan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menawarkan untuk menggunakan pesawat mereka lebih awal tetapi China hanya membenarkan penggunaan penerbangan komersial.

Post a comment

0 Comments