Negeri Sembilan ubah waktu solat subuh


WAKTU solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad berkata, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Perubahan waktu baharu solat subuh itu bakal berkuat kuasa mulai Isnin hadapan.

"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov tahun lepas.

"Selaras dengan dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu tambah Mohamad Yusof, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.

Post a comment

0 Comments