Nurul Atikah dijangka berlepas pulang malam ini


SEORANG
pelajar Malaysia di Universiti Shandong, China dijangka pulang ke Malaysia awal pagi esok dengan menaiki penerbangan malam ini.

Adanan Long, bapa kepada Nurul Atiqah dipetik laporan Metro berkata, pelajar itu telah selamat tiba di Beijing semalam setelah menaiki kereta api subway atau kereta api bawah tanah dari Jinan.

Rancangan asal nurul Atiqah rancangan awal untuk menggunakan kapal terbang ke Beijing terpaksa ditukar apabila lapangan terbang di Jinan, Shandong ditutup.

Difahamkan, perjalanan menaiki kereta api subway adalah ikhtihar terakhir akhir Nurul Atiqah untuk cuba pulang walaupun menyedari risiko yang bakal ditempuh berikutan penularan wabak koronavirus di beberapa wilayah di China.

“Biarpun berisiko, yang penting Atiqah keluar dari wilayah berkenaan. 

“Atiqah beritahu dalam perjalanan dari Jinan ke Beijing, dia seorang saja penumpang dalam koc kelas pertama kereta api subway berkenaan.

“Atiqah dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.55 malam esok, penerbangan yang mengambil masa lapan jam,” katanya menurut laporan itu. 


BACA: TLDM panggil pulang 15 anggota di Shanghai
BACA:
M'sia mahu laksana misi bawa balik rakyat dari Wuhan


Nurul Atiqah, 26, penuntut tahun dua Sarjana Pengajian China sudah membeli tiket penerbangan ke Bangkok, namun masalah timbul selepas Thailand tidak menerima penumpang dari China.

Sementara itu Adanan berkata, dia akan ke Kuala Lumpur untuk menyambut Atiqah.

“Paling penting Atiqah selamat sampai ke Kuala Lumpur, sekiranya dia perlu dikuarantin tidak apa, kami reda. Kami sekeluarga berharap perjalanan Atiqah akan dipermudahkan,” katanya.

Post a comment

0 Comments