Pejabat TPM lapor individu menyamar penasihat


PEJABAT Timbalan Perdana Menteri (TPM) bakal memfailkan satu laporan polis terhadap individu dikenali sebagai Raymond Cheah kerana yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam kenyataannya, pejabat itu berkata, individu tersebut yang mendakwa sebagai penasihat Dr Wan Azizah Dr Wan Azizah adalah tidak tepat kerana individu tersebut tidak pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Sehubungan itu, Pejabat TPM meminta orang ramai tidak tertipu dengan individu tersebut.

"Justeru itu sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan pejabat ini," kata kenyataan tersebut.

Lewat malam tadi, pentadbir laman Facebook Dr Wan Azizah menerusi statusnya memuat naik kenyataan itu dengan memaparkan kad nama Raymond yang tertera jawatan kononnya sebagai penasihat.

Kad itu juga mempunyai lambang kerajaan persekutuan selain nombor telefon individu terbabit.

Post a comment

0 Comments