Peluang Anwar jadi PM tak terjejas - Menteri


PERGESERAN
dalaman antara penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyokong kelompok digelar kartel dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak menjejaskan peluang Anwar dilantik perdana menteri.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kerana keputusan menggantikan Dr mahathir dengan Anwar telah diputuskan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak gabungan itu masih pembangkang.

"Dia tak ada kaitan.

"Terjejas atau tak? Bergantung pada (sama ada) HARAPAN ubah atau tak konsensus. Hari ini, tiada perubahan. Ke depan, tak ada nampak tanda-tanda perubahan apa," kata Saifuddin.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu sebelumnya mengulas soalan pemberita sama ada konflik dalam PKR akan menjejaskan peralihan kuasa Anwar sebagai PM kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Media sebelum ini melaporkan, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara sekitar dua tahun.

Kesefahaman yang telah dipersetujui secara konsensus adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan dan Anwar akan mengambil alih selaku Perdana Menteri ke-8.

Bagaimanapun, susulan pergeseran antara kem Azmin dan Anwar, Azmin dilihat membelakangkan konsensus dengan membuat kenuataan bayangan bersetuju jika Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Manakala di pihak lain pula melihat Mahathir wajar melepaskan jawatan segera kerana seolah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum (race), agama (religion) dan raja (royalty).

 

Post a comment

0 Comments