Penduduk Kundasang dakwa BN mungkir janji


BARISAN NASIONAL (BN) didakwa gagal menunaikan janji membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang baharu di Mesilou.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kembalikan SMK Kundasang merangkap Mantan Yang Dipertua PIBG 2012/ 2016 Japiril Suhaimin yang dipetik laporan Borneo Post berkata, pembinaan sekolah yang dianggar memakan belanja RM 43juta itu  dijanjikan siap dalam tempoh setahun, namun setelah tujuh tahun ianya masih belum dilaksanakan.

Oleh itu katanya, satu himpunan aman dilakukan bagi menuntut SMK Kundasang dikembalikan ke tapak asal.

"Perhimpunan yang diadakan pada Sabtu lalu bertapak bangunan lama SMK Kundasang bermula seawal jam 8 pagi dihadiri hampir 300 orang  masyarakat sekitar Kundasang serta turut disertai beberapa aktivis dan  mantan guru sekolah terbabit.

"Cikgu Azmidah dan suaminya Cikgu Esa yang berasal dari Pontian Johor, kumpulan pertama guru yang mengajar di sekolah ini pada tahun 1986 turut hadir menyatakan sokongan.

"Kes sekolah ini seperti dilupakan pihak berkuasa berkaitan, hanya selepas jawatankuasa ini bertindak menularkan kembali isu ini barulah Jabatan Pendidikan Negeri membuka kembali kes ini disebabkan pegawainya bersara," katanya.
 
Keciciran pelajar

Difahamkan, SMK Kundasang diarahkan berpindah ke bekas tapak SMK Agama Ranau dan bekas tapak SMK Bundu Tuhan pada 29 Dec 2012 dengan alasan tapak asal tidak selamat.

Katanya, masalah dengan tapak tumpang kini adalah SMK Agama Ranau berada lebih 15 kilomenter dari tapak asal.

"Kedudukan tapak yang jauh menyebabkan kadar keciciran tinggi kerana ramai pelajar tidak ke sekolah disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.

"Seorang pelajar perlu belanja RM180 sebulan hanya untuk kos pengangkutan, ramai ibubapa tidak mampu dan kos ini dijangka meningkat," katanya lagi.

Sementara itu, Japiril berharap Kerajaan pakatan Harapan (HARAPAN) dapat mencari jalan terbaik untuk membina semula SMK Kundasang di tapak asal bagi memastikan anak-anak Kundasang mendapatkan pendidikan terbaik.

Post a comment

0 Comments