Peniaga jumpa mayat dalam tong sampah


RASA curiga seorang peniaga membawa kepada penemuan mayat manusia hampir reput dalam sebuah tong sampah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada peniaga yang mencurigai sebuah tong sampah bertutup yang mengeluarkan bau busuk.

Difahamkan, tong tersebut telah dibuang di lereng bukit di tepi jalan Paya Terubong dekat Pulau Pinang.

"Sepasukan polis terus ke lokasi dan pemeriksaan mendapati terdapat sebuah tong sampah warna hijau dipercayai milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di lereng bukit di situ yang berbau busuk dan terdapat rangka manusia di dalamnya," katanya Soffian dipetik laporan Bernama.

Polis membawa naik tong berisi mayat
Katanya, pihak polis menggunakan tali untuk membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan di lereng bukit berkenaan sebelum terus membawanya ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu bagi membantu siasatan dan mengesan pihak yang meninggalkan tong sampah berkenaan.

Sementara itu tambah Soffian, pihaknya percaya mangsa dalam tong sampah itu telah mati lebih lima hari.

Post a comment

0 Comments