Peralihan kuasa perlu aman - Anwar


PRESIDEN
parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Anwar Ibrahim sekali lagi membuat pendirian agar proses peralihan kuasa dibincangkan secara baik.

Bercakap semasa kempen untuk calon Warisan, Datuk Karim Bujang di Kampung Pimping dekat Kimanis semalam, Anwar menegaskan ia perlu  dibincangkan  dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) atau antara dirinya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan kestabilan pentadbiran negara.

Tegas Anwar, beliau secara peribadi tidak setuju jika proses itu dibuat secara tidak aman dan tidak teratur.

"Seperti yang saya kata (sebelum ini), ia harus diaturkan dengan baik, Mahathir banyak pengalaman dan jasa," katanya ketika menjawab soalan pemberita berkenaan perkara itu.

Terdahulu, beberapa pemimpin mencadangkan peralihan kuasa dilakukan pada Mei ini.

Mereka memberi hujah bahawa kesamaran tarikh peralihan kuasa hanya akan menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan kerana tidak pasti dengan masa depan politik jangka pendek negara.

Sesetengah pihak pula beranggapan, Anwar perlu diberi ruang mentadbir negara supaya dapat membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang sekaligus mengukuhkan sokongan rakyat terhadap HARAPAN.

Bagaimanapun Anwar enggan meletakkan garis masa untuk Mahathir berbuat demikian.

Terdahulu Mahathir mengulangi akan menunaikan janjinya untuk memberi laluan kepada Anwar tetapi tidak akan berbuat demikian sebelum Sidang Kemuncak Apec, yang mana Malaysia dijadual menjadi tuan rumah pada November ini.

Post a comment

0 Comments