Pocket Rocketman kini ranking no-1 keirin


IKON berbasikal trek kebanggaan negara, Azizulhasni Awang dilapor telah menduduki tangga pertama ranking dunia acara keirin.

Berdasarkan kedudukan ranking dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Azizulhasni mengumpul 2,560 mata untuk berada di puncak senarai manakala pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta ketinggalan 9 mata untuk berada di tangga kedua dengan.

"Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan," kata Azizulhasni yang bakal menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik," kata Azizulhasni dipetik.

Sementara itu,  pelumba Perancis, Sebastien Vigier pula berada di tangga ketiga, dipisahkan 212.5 mata di belakang Azizulhasni yang pada masa ini sudah tiga kali berada di puncak senarai (2010, 2016) manakala Yuta Wakimoto (Jepun) keempat, 2,333.5 mata.

Rakan seperjuangan Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom kini berada di tangga ke-32 dengan 1,237 mata manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tangga ke-60 dengan 691 mata, manakala Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin pula berada di tangga ke-66 dengan 650 mata.

Sebagai rekod, pada 2017 Azizulhasni atau lebih dikenali 'The Pocket Rocketman' merangkul gelaran juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong.

Beliau menjadi atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.
 

Post a comment

0 Comments