Sabah cari jalan ringankan beban hutang negeri


KERAJAAN
Negeri Sabah berminat untuk mempertingkatkan usaha mengurangkan beban hutang negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri sentiasa merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerajaan negeri tidak terus dibebani dengan hutang.

Tegasnya dengan mengurangkan hutan itu, ia dijangka akan memberi kesan positif kepada perancangan pembangunan rakyat dan negeri.

"Tahun lepas, kerajaan negeri telah membayar balik hutang berjumlah RM1 bilion yang merupakan hutang yang mesti dibayar dalam tempoh ditetapkan.

"Kalau tidak, penarafan kredit kita (kerajaan negeri) akan turun.

"Ini sedikit sebanyak membolehkan kita membuat perancangan yang baik untuk membantu rakyat kerana kita tidak dibelenggu dengan hutang," katanya.

Pada Oktober lepas, Mohd Shafie memberitahu kerajaan negeri berjaya membayar balik bon kerajaan pusat berjumlah RM1 bilion sebelum tempoh matangnya pada 9 Disember lepas.

Shafie turut memberitahu kerajaan terdahulu juga telah memperolehi bon daripada Sabah Development Bank Bhd sebanyak RM6 bilion.

“Sebanyak RM4 bilion daripada jumlah itu telah dibelanjakan kerajaan terdahulu dengan pembelian hartanah di Kuala Lumpur dan Johor yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan di Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, kerajaan negeri sentiasa merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerajaan negeri tidak terus dibebani dengan hutang.

Post a comment

0 Comments