Saifuddin bidas 'omong kosong' Abdul Hadi


KENYATAAN
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai peralihan kepemimpinan negara dianggap 'omong kosong' yang tidak wajar diberi perhatian.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pandangan Abdul hadi secara berkias menggambarkan peralihan kepemimpinan negara tidak boleh dibuat seumpama menukar pemandu bas tidak membawa apa-apa impak.

Ia tegas Saifuddin tidak sama sekali mengurangkan kekuatan Pakatan Harapan (HARAPAN) mahupun parti pimpinan Abdul Hadi sendiri.

Abdul Hadi sebelum ini dipetik berkata, "Kita tak boleh anggap tukar kepemimpinan negara macam tukar pemandu bas, kalau nak tukar pemandu bas pun, kalau nak pergi ke Kuala Lumpur kena pemandu yang nak bawa ke Kuala Lumpur juga.

Kenyataan itu dilihat mencampuri urusan dalaman HARAPAN.

Sementara itu tegas Saifuddin lagi, isu peralihan kuasa perdana menteri sudah disepakati HARAPAN lama dulu dan urusan itu langsung tiada kena mengena dengan PAS.

"Pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14, PH adalah gabungan empat parti yakni KEADILAN, Amanah, DAP dan Bersatu.

"HARAPAN bersetuju pada waktu itu dengan tawaran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan, dan Anwar Ibrahim perdana menteri kelapan," katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut mengingatkan Abdul Hadi pendirian PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang mahu bersendirian dan menjadi king maker.

"Sifat terpuji yang patut diambil Abdul Hadi ialah menerima hakikat bahawa HARAPAN kini adalah kerajaan di peringkat pusat dan PAS berada di posisi pembangkang," katanya.
 

Post a comment

0 Comments