Satelit hampir berlanggar di ruang angkasa


DUA satelit yang sudah tidak digunakan lagi nyaris berlanggar di ruang angkasa, lapor agensi berita antarabangsa, AFP.

Bagaimanapun jurucakap agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) , insiden pelanggaran belum berlaku walaupun satelit itu hampir bertembung.

Katanya, satelit itu masing-masing adalah IRAS yang mempunyai berat mencecah satu tan, manakala GGSE-4 cuma 85 kilogram

IRAS iaitu perintis dalam teleskop angkasa lepas antarabangsa dan GGSE-4, buatan eksperimen AS.

Menurut jurucakap AS lagi, kejadian itu berlaku 900 kilometer di atas bandar Pittsburgh.

Pada 2009, satelit milik Amerika Syarikat, Iridium 33 melanggar satelit milik Russia Cosmos 2251, menyebabkan serpihannya bertaburan di ruang angkasa.

Menurut pakar astrodinamis, Dan Oltrogge sekiranya pelanggaran berlaku, ia akan mengakibatkan ribuan serpihan berukuran 10 sentimeter dengan lebih daripada 12,000 fragmen (melebihi satu sentimeter) bertaburan di ruang angkasa.

Difahamkan terdapat kira-kira 20,000 serpihan yang dianggarkan lebih besar daripada bola sepak yang mengelilingi bumi dengan kelajuan 28,000 kilometer.

 

Post a comment

0 Comments