Sekolah Rendah Tahfiz Al Banna terbakar



BANGUNAN
kelas dan pejabat Sekolah Rendah Islam (SERI) Tahfiz Al Banna di Felda Melati Jengka 11 di sini terbakar malam tadi.

Dipetik laporan Sinar, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.27 malam tadi, ia memusanahkan 50 peratus bangunan terbabit.

Bagaimanpunm difahamkan, 17 murid yang tinggal di asrama sekolah terbabit terselamat dalam kejadian itu.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Zulkifli Bin Mohamad Zainal berkata, 12 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan Jengka bergegas ke lokasi kejadian bagi usaha memadam kebakaran.

Selain itu, dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera EMRS turut dikejarkan ke lokasi kira-kira jam jam 9.38 malam tadi.

 http://wasap.my/01116217885/NasiBungkus
Klik iklan untuk hubungi
"Bangunan yang terlibat merupakan bangunan jenis kekal kelas A berkeluasan 80 x 100 kaki persegi musnah 50 peratus dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Operasi pemadaman dilakukan BBP Jengka dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera dan operasi pemadaman terkawal pada jam 9.44 malam," katanya dipetik.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian.|

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah berkenaan mengucapkan penghargaan kepada anggota bomba yang terlibat dalam memadam kebakaran

"Allah uji kami di SERI Tahfiz Al Banna. Bangunan Pendidikan Tahfiz Al Banna Jengka telah terbakar memusnahkan 50 peratus  bangunan pendidikan.

"Terima kasih kepada pihak Bomba yang bertindak pantas," tulis kenyataan itu.

 

Post a comment

0 Comments