Selepas kucing, anjing pula jadi mangsa


KURANG seminggu selepas satu bangkai anak kucing ditemukan dengan keempat-empat kaki dan muncung dipotong, satu lagi kes kekejaman terhadap haiwan dilaporkan.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsikan muat naik status seekor anjing jalanan yang sering dilihatnya dicederakan sehingga buta.

Menurut individu tersebut, anjing jalanan tersebut yang manja itu sebelum ini berada dalam keadaan baik dan normal serta tidak mengganggu penduduk setempat, namun tiba-tiba kelibatnya hadir dengan bekas luka tetakan disyaki benda tajam di kepala bahagian mata kanan. 


BACA: Anak kucing malang dipotong kaki oleh pemabuk?

Insiden yang dipercayai berlaku di Bukit Malawati itu sekali lagi menarik perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia).

Persatuan itu dalam kenyataan di laman sosialnya kesal dengan insiden tersebut dan meminta bantuan mana-mana pihak untuk sama-sama membantu menyelamatkan anjing tersebut.

"Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi WhatsApp di 011-20901097," katanya.

Saksi turut memberitahu, tiga anak anjing tersebut yang selalu berada berhampiran ibunya itu turut hilang.

Sementara itu, warganet yang mengikuti laman Facebook Animal Malaysia mengecam tindakan kejam 'golongan sakit otak' terhadap haiwan.

Seorang pengendali Facebook yang menggunakan akaun nama Ra Autumn berkata " Tiada lagi perikemanusian dikalangan manusia.. sesungguhnya haiwan tidak diberikan akal seperti manusia tapi mereka tetap ada hati & perasaan.

"Sedangkan manusia yg diberikan akal yg sempurna bertindak lebih kejam seperti tidak mempunyai akal..

"Haiwan - haiwan ni walau tak mampu bercakap tapi mereka berdoa, dan doa mereka sering dimakbulkan Allah.. semoga penyeksa yang zalim ni diberi balasan lebih teruk dari apa yg dilakukan,"

Sementara Aniesyamia Daniel berkata, perbuatan zalim yang dilakukan pasti ada balasannya.

"Walaupun orang tidak nampak tapi ALLAH melihat kelakuan kita. Lambat dengan cepat sahaja," katanya.

Post a comment

0 Comments