Selepas Seremban, penduduk Jempol nikmati bas percuma


KERAJAAN
Negeri Sembilan yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil keputusan untuk meluaskan perkhidmatan bas percuma di negeri itu.

Selepas mendapat sambutan baik orang ramai terhadap perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini diperkenalkan di Seremban, kerajaan negeri kini memperluas perkhidmatan meliputi daerah Jempol.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkidmatan itu yang bermula semalam adalah  inisiatif kerajaan negeri bagi memberi kemudahan pengangkutan awam lebih baik kepada rakyatnya.

Ia dilaksana dengan kerjasama syarikat Gtt Liner Sdn Bhd

"Kita berharap masyarakat Jempol dapat menggunakan kemudahan bas percuma khidmat rakyat ini dengan baik, di samping dapat mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya.

Aminuddin berkata buat masa ini dua buah bas disediakan dengan waktu operasi bas ini ialah dari pukul 6.30 pagi sehingga 5.30 petang, membuat 12 perjalanan dalam sehari.

“Insyaallah... ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi saya berharap bagi penduduk di daerah-daerah lain dapat bersabar terlebih dahulu kerana kemudahan ini kita perlu buat kajian dengan teliti,” katanya.

Kerajaan negeri menerusi belanjawan Negeri Sembilan 2020 memperuntukkan RM1.4 juta untuk melaksanakan perkhidmatan bas percuma di Negeri Sembilan di tiga laluan, iaitu satu laluan di daerah Jempol dan dua laluan di daerah Seremban, tahun ini.

Post a comment

0 Comments