Semburit: ACG dan polis akan buat kenyataan bersama



JABATAN Peguam Negara (AGC) dan pihak polis akan membuat satu kenyataan media bersama berhubung siasatan video intim yang dikaitkan dengan Mohammed Azmin Ali, dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed memberitahu, laporan analisis video berkenaan dari pakar luar negara telah diperolehi dan telah menyerahkan kertas siasatan berhubung isu video itu kepada AGC pada hujung tahun lalu.

“Kita telah terima (laporan pakar) hujung tahun lepas, dan kertas siasatan pun dah dihantar kepada pihak AG.

"Pihak AG akan buat kenyataan media bersama-sama PDRM dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor Malaysiakini

Pihak Polis sebelum ini berkata, yakin identiti lelaki yang dirakam dalam video ranjang tersebut akan diketahui setelah ia dihantar ke firma di sebuah universiti di Amerika Syarikat untuk dianalisis pakar forensik digital.

Akhir Disember lalu, Ahli Majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam sekali lagi membangkitkan isu video tersebut apabila mendakwa kertas pertuduhan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan bekas ketua Pemuda KEADILAN Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebenarnya telah ada.

BACA:
Semburit: kertas pertuduhan Azmin didakwa telah ada

Dipetik FMT, Lokman berkata, beliau mengetahui kewujudan kertas pertuduhan itu setelah diberitahu kepadanya oleh seorang sumber dari Jabatan Peguam Negara sendiri.

“Sahabat kita dari Jabatan Peguam Negara melihat dengan mata dia sendiri.

"Kertas pertuduhan ke Azmin Ali bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan kertas pertuduhan terhadap Haziq pula bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments