Setiausaha Anwar saman Yusoff Rawther


SETIAUSAHA
Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyaman Muhammad Yusoff Rawther pada Jumaat lalu.

Writ saman itu terhadap individu yang sebelum ini menuduh diperlaku secara seksual oleh Anwar itu difailkan melalui tetuan Messrs Kumar Thangaraj & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Farhash mendakwa Yusoff telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sidang medianya pada 4 Disember lepas dengan  menuduh Farhash menyerangnya di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Petaling Jaya pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat sebuah portal berita, Farhash mendakwa Muhammad Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah itu dengan pengetahuan ia akan dilaporkan media tempatan.

Farharsh mendakwa, kenyataan media itu bertujuan mencemarkan imej dan reputasinya sebagai ahli politik KEADILAN kerana antaranya menggambarkannya sebagai ganas, liar dan kaki pukul.

Difahamkan, peguam kepada Farhash telah menghantar surat tuntutan guaman supaya Muhammad Yusoff menarik balik kata-kata itu dan memohon maaf pada 30 Disember lalu, namum tuntutan tersebut tidak dilayan.

Farhash memohon perintah injuksi untuk menghalang Yusoff mengeluarkan atau terus menyiarkan kenyataan itu terhadapnya.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta kos dengan faedah tahunan, yang jumlah ditentukan mahkamah.

Post a comment

0 Comments