Suspek curi duit tabung surau dicekup polis


SEORANG lelaki tempatan berumur 33 tahun ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat kes curi wang tabung sebuah surau.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad yang dipetik laporan Borneo Post berkata, pihak polis memberkas lelaki berasal dari Kampung Sunga Lada dekat Labuan.

Suspek sebelumnya dirakam CCTV berada di tempat kejadian dalam keadaan mencurigakan dan menyuluh tabung surau dengan telefon bimbitnya

Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira jam 11.11 malam 29 Januari lalu.

"Sepanjang pemerhatian rakaman CCTV pengadu mendapati duit yang dimasukkan ahli jawatankuasa surau dalam tabung hilang dan pengadu mengesyaki suspek mengambil wang itu," katanya

Suspek kini ditahan reman empat hari bermula 30 Januari dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Muhamad Farid sementara itu menasihatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan terbabit yang boleh membawa hukuman penjara dan denda.

Post a comment

0 Comments