Tak lepas potong traler, 3 sekeluarga terbunuh


TIGA sekeluarga  termasuk seorang kanak-kanak terbunuh selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Sierramas di Sungai Buloh, siang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, mereka yang disahkan terbunuh iaitu Mohd Azrul Kasim, 35; Noor Hafisah Sharibun, 35; dan anak pasangan itu Muhammad Haiqal, 2 tahun.

Dua dalam kenderaan itu, Aishah Umairah berusia dua bulan dan seorang anak angkat mereka, Muhammad Shahril Aiman Abdul Rahman cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 1.58 tengah hari.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Bapa dan anak 3 tahun rentung nahas kenderaan
Sementara itu, siasatan awal pihak polis menyatakan, kereta jenis Proton Persona dipandu Noor Hafisah merempuh belakang sebuah traler setelah gagal memotong kenderaan itu.


"Kereta dinaiki lima beranak itu dipercayai baru keluar dari Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh menghala ke lebuh raya.

“Noor Hafisah yang memandu kereta dipercayai cuba memotong treler membawa muatan ubat namun terdapat kenderaan berat lain di laluan utama menyebabkannya gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh belakang treler berkenaan,” kata kenyataan polis.
 
BACA: Pengasas Suzzy Helmets maut kemalangan
BACA:
Pengurus Marrybrown maut dihempap motosikal


Dalam perkembangan serupa, sepupu Mohd Azrul, Amin Arshad memaklumkan  jenazah ketiga-tiga beranak itu akan dibawa pulang ke kampung halaman di Trolak untuk dikebumikan sebaik selesai proses bedah siasat selesai.

Post a comment

0 Comments