Taman tema animasi (MAPS) ditutup


TAMAN
tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh  ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017 tanpa tarikan DreamWorks.

Memetik notis itu, pihak pengurusan memohan maaf ataws kesulitan akibat penutupan itu.
 lk tidak diketahui, namun semakan di laman web mempercayai ia ada kaitan dengan hutang ditanggung taman tema tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming berkata yang dipetik laporan Awani pada Disember tahun 2018 mencadangkan Kerajaan Negeri Perak menjual taman tema itu kepada pihak swasta melalui tender terbuka bagi mengurangkan impak kewangan terhadap pentadbiran.

Tegasnya,  kerajaan negeri tidak perlu lagi menanggung beban hutang daripada taman tema itu sedangkan duit berkenaan boleh digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat.

“MAPS telah alami kerugian hampir RM500 juta, sasaran jumlah pelancong juga jauh tersasar. Dahulu (kerajaan negeri) Barisan Nasional membentangkan setahun akan terima 2 juta pelancong, saya dengar sekarang hanya 120,000 pelancong sahaja setahun," katanya dipetik laporan itu.

Sebagai rekod, MAPS merupakan projek usahasama milik PCB Development Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah kerajaan negeri Perak bagi menjalankan operasi tarikan DreamWorks.

Dalam satu laporan lain pada Ogos tahun yang sama PCB mengumumkan anak syarikat 51 peratus miliknya tidak langsung, Animation Theme Park Sdn Bhd, (ATP) secara rasmi menamatkan Perjanjian Lesen yang dimeterai dengan DreamWorks Animation L.L.C.

Alasan untuk tidak meneruskannya disebabkan ATP dan DreamWorks tidak mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2018, menurut PCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Post a comment

0 Comments