Tentera Iran mengaku tertembak pesawat penumpang


AKHIRNYA, Angkatan Tentera Iran mengaku menjadi punca terhempasnya pesawat penumpang Ukraine pada Rabu lalu.

Agensi berita Sputnik dipetik berkata, pihak berkuasa tentera Iran mengaku tidak sengaja telah tertembak pesawat jenis Boeing 737-800 yang dalam perjalanan ke Kiev itu.

“Disebabkan kesilapan manusia, pesawat itu secara tidak sengaja ditembak jatuh,” kata staf am tentera Iran dalam satu kenyataan memetik radio dan TV IRIB.

“Kami menyesal, memohon maaf dan mengucapkan takziah kepada rakyat kita, kepada keluarga semua mangsa dan negara-negara lain yang turut terlibat.

“Kesilapan manusia berlaku ketika krisis yang di-sebabkan oleh Amerika Syarikat (AS) membawa kepada bencana,” kata Menteri Luar Iran Javad Zarif dipetik lapor agensi berita Anadolu.

Pesawat malang itu dilapor terhempas di kawasan Parand, sebuah bandar di daerah Robat Karim sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran.

Kesemua, 176 penumpang termasuk sembilan anak kapal terkorban.


BACA: Ada muslihat di sebalik konflik AS, Iran

BACA: Ukraine tuntut permohonan maaf rasmi dari Iran

Difahamkan, nahas berlaku beberapa jam selepas Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan berpuluh peluru berpandu yang menyasarkan tentera AS di Iraq sebagai serangan balas terhadap kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani

AS, Britain dan Kanada pada Khamis mengatakan mereka mempunyai bukti menunjukkan peluru berpandu Iran menembak pesawat penumpang tersebut.

Post a comment

0 Comments