Tiga beranak maut kereta rempuh lori


TIGA beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua buah lori di Temerloh petang semalam.

Dalam kejadian di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh itu, mereka yang maut adalah pasangan suami isteri, Mohamad Adnan Anuar, 23, Siti Tul Assiqin Abdul Wahab, 23, dan anak mereka Nur Alissa Insyirah Mohamad Adnan yang berusia empat bulan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan pada jam 4.58 petang dan mengegaskan anggota mereka ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa
"Sebanyak sebuah jentera dan sebuah ambulan dengan seorang pegawai serta tujuh orang anggota bergegas ke lokasi kejadian. Kejadian membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta," katanya JBPM pahang dalam kenyataan.

Tambah Anuar, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Proton Persona.

"Operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit itu menggunakan peralatan 'rescue tool'. Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Ketiga-tiga mangsa termasuk bayi dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian itu," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments