Tony Pua bidas Najib, dakwa kenyataan tak berasas


KENYATAAN
bekas Perdana Menteri, Najib Razak kononnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal rugi susulan penstrukturan semula konsesi tol Plus Malaysia Berhad (Plus) dianggap tidak berasas.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua berkata begitu merujuk kenyataan Najib bahawa tindakan penstrukturan itu menyebabkan kerugian kira-kira RM68 bilion.

Najib sebelum ini difahamkan membuat kiraan itu berdasarkan kenyataan daripada pihak kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion.

Bekas Presiden Umno itu kemudianya mencampurkan kedua-dua jumlah itu untuk mendapatkan asas pada dakwaanya.

Pua yang juga ahli Parlimen Damansara menjelaskan." Penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi RM42 bilion terdiri daripada pampasan RM26 bilion yang perlu dibayar kerajaan jika kadar tol semasa dibekukan hingga akhir konsesi sedia ada akibat kadar tol yang akan dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun.

“(Juga) pampasan tambahan RM14 bilion yang perlu dibayar kerajaan oleh kerana pemberian diskaun tol 18 peratus daripada kadar semasa mengikut konsesi sedia ada serta hutang semasa yang tertunggak sebanyak RM2 bilion yang perlu dibayar kerajaan kepada Plus.

“Oleh sebab itu, pencampuran RM26 bilion dengan RM42 bilion oleh Najib langsung tidak berbangkit, tidak logik dan tidak masuk akal,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, nilai ekuiti Plus dipegang Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan KWSP akan dikekalkan dan dilindungi melalui penerbitan bon oleh Plus kepada pihak pemegang saham.

Justeru, bayaran dividen daripada KWSP kepada pekerja Malaysia tidak akan terjejas seperti didakwa.

Post a comment

0 Comments