Tular Menteri Pendidikan mahu letak jawatan


SATU
mesej tular di laman sosial petang ini berhubung ura-ura perletakan jawatan menteri pendidikan Dr Maszlee Malik petang ini.

Desas desus itu susulan satu siaran media yang menggunakan kepala surat  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikongsi di laman Facebook, yang memanggil satu sidang media khas dan ditujukan kepada semua media.

Surat oleh Unit Komunikasi Korporat itu menyatakan media dijemput menghadiri sidang media di Putrajaya itu pada jam 4.30 petang ini dengan Dr Maszlee hadir sebagai tetamu.
Memo yang tular di Facebook



Khabar angin itu turut disiar portal TMI yang mendakwa telah berlaku satu pertemuan antara Ahli parlimen Simpang Renggam itu dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri.

Perkembangan terkini itu sekali gus membuka jalan kepada rombakan Kabinet ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) terus bergelut meraih keyakinan rakyat sejak mengambil alih Putrajaya 20 bulan lalu.


BACA: Maszlee letak jawatan dengan rasa berat hati 

Sekiranya benar, Maszlee merupakan menteri pertama dari HARAPAN yang meletakkan jawatan sebagai Menteri.

Sehingga laporan ini dibuat, dakwaan perletakan jawatan tersebut masih tidak dapat disahkan.

Post a comment

0 Comments