Video semburit: Polis tunggu bukti baharu



PIHAK
Polis memberi jaminan bahawa kes video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri dan bekas pemimpin Angkatan muda KEADILAN (AMK) tidak akan ditutup.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador membuat jaminan itu walaupun Peguam Negara Tommy Thomas baru-baru ini memutuskan tidak membuat pendakwaan ke atas mana-mana pihak.

Tambah Abdul Hamid lagi, pihaknya sedang menunggu bukti baru yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Resolusi rakaman berkenaan tidak cukup jelas. Kes ini tidak ditutup sehinggalah kita boleh dapatkan bukti baru berkaitan perkara ini.

“Kita tidak bermain politik. Kita ikut aturan yang sudah lama ditetapkan, itu normal. Jadi, jangan terus buat kesimpulan,” katanya dalam satu sidang di Bukit Aman.

Terdahulu,  Peguam Negara berkata, pihaknya gagal mengenal pasti individu terbabit dalam klip video yang tersebar pada Jun tahun lalu kerana video berkenaan kabur.

Pada 12 Jun tahun lalu, bekas ketua AMK Santubong, Haziq Aziz mengaku beliau adalah salah seorang lelaki dalam video seks sejenis yang tular sebelum itu .

Haziq turut menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya.



Post a comment

0 Comments