Walau kalah, k'jaan akan kota janji - Shafie Apdal


KETUA MENTERI
Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan semua perkara yang telah dijanjikan semasa kempen  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis akan ditunaikan.

Jaminan itu diberikan Shafie, walaupun calon dipertaruhkan Warisan di kawasan itu tewas kepada Mohamad Alamin yang mewakili pembangkang.

“Yang penting oleh kerana kita mahu pastikan pembangunan dan saya beri jaminan walaupun kita kalah di Kimanis, saya teruskan untuk membantu rakyat di Kimanis, tidak bererti bahawa kita kalah kita tinggalkan, ini rakyat kita.

“Jangan kita kalah, kita terus hukum mereka, jangan. Itu adalah keputusan rakyat dan saya dalam kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi di Kimanis yang telah mengundi parti Warisan,” katanya.

Mengulas lanjut kekalahan Warisan pada PRK itu, Shafie berkata, semua pemimpin kerajaan  perlu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka untuk memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang ada.

Beliau mengingatkan setiap pemimpin agar menghormati keputusan rakyat itu dan terus bekerja keras membantu membangunkan Kimanis demi kebaikan masyarakatnya.

Post a comment

0 Comments