Warga emas maut bergesel lori simen


SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan lori simen.

Dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Bayan Lepas semalam, mangsa berusia 79 tahun disahkan maut ditempat kejadian.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat kemalangan itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai mangsa diperloehi.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, ketika kejadian mangsa dan lori simen berkenaan dalam perjalanan dari arah yang sama.

"Kedua-dua kenderaan dari Batu Maung menghala Georgetown sebelum kenderaan mangsa bergesel dengan tayar belakang lori terbabit.

"Mangsa yang dipercayai gagal mengawal motosikal kemudian terbabas dan tercampak atas jalan raya serta disahkan meninggal dunia," katanya dipetik. 

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat manakala pemandu lori simen berusia 42 tahun pula tidak mengalami seberang kecederaan.

Sementara itu, Anbalagan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments