Perlu RM100,000 untuk siapkan Masjid


ATAS DUNIA tidak ada satu pelaburan atau perniagaan yang pasti tidak akan rugi dan sentiasa memberikan keuntungan berlipat kali ganda.

Namun Allah SWT telah menjanjikan satu perniagaan yang tiada tandingannya. Pasti tidak akan merugikan terutamanya di akhirat kelak.

Perniagaan yang terbaik adalah khusus buat mereka yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah SWT serta mengorbankan diri mereka untuk membela agama Allah SWT.

Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah: 261).

Pulangannya adalah pengampunan daripada Allah SWT dan dikurniakan syurga sebagai tempat istirehat.

Namun bagaimana untuk kita terlibat dengan pelaburan itu?

Tahukan anda, sebuah Maahad di Kuala Ketil, Kedah mahu mengajak anda untuk sama-sama mencari Keredhaan Allah

Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran di Kuala Ketil memerlukan dana sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan proses pembinaan masjidnya termasuk pemasangan siling dan lantai.

Bangunan Masjid yang sedang dibangunkan
Seperti dilapor Sinar,  Pentadbir maahad, Amir Mohd Nason, 41, berkata, ruang solat ketika ini tidak lagi mampu menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.


Dengan siapnya masjid yang dirancang itu kelak, ia dijangkakan mampu menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

"Kami berdoa agar pembinaan masjid yang sudah memasuki tahun keempat ini dapat disiapkan sebelum Ramadan akan datang.

"Sumbangan zakat, wakaf dan derma amat diperlukan untuk menyiapkan masjid ini," katanya.

Keselesaan pelajar

Difahamkan juga, dana tersebut bukan sekadar untuk pembinaan ruang solat, namun menambah baik kemudahan bagi keselesaan pelajar.

Amir berkata, anggaran pembinaan yang masih diperlukan membabitkan siling iaitu RM42,000, lantai sebanyak RM30,000, pemasangan jubin sebanyak RM10,000, bilik air dan tandas perempuan sebanyak RM9,000 manakala bilik air dan tandas lelaki sebanyak RM20,000.

Tapak Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran
Maahad tersebut yang ditadbir bersama empat adiknya yang lain iaitu Azli Mohd Nason, 40; Amri Mohd Nason, 38; Aswad Mohd Nason, 36 dan Ariff Mohd Nason, 28, telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.


Ia bukan sahaja menumpukan kepada pendidikan agama, namun turut menekankan pendidikan akademik berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan.

"Selain tenaga pengajar bertauliah dan berketrampilan, pendidikan disediakan di maahad berkenaan bertujuan melahirkan generasi celik Al-Quran," Kata Amir.

Sementara itu, jelasnya sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank bernombor 5521-8951-5745 atau Bank Islam bernombor 02114 010007351 atas nama Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Amri yang juga Mudir Maahad Al-Iman di talian 013-4202206.

Pihak pentadbiran Maahad
Untuk itu, marilah kita mencari sedikit saham untuk akhirat, susungguhnya Nabi Muhammad  SAW pernah bersabda;


"Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia (semata-mata), maka ALLAH akan mencerai-beraikan (menyukarkan) urusannya, menjadikan kefakiran di antara kedua matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya.

"Barang siapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, ALLAH akan mengumpulkan (mempermudahkan) urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan tunduk kepadanya. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

-
Advetorial

Post a comment

0 Comments