10 cedera dalam letupan bom di Songkhla


SEPULUH
penduduk termasuk tiga kanak-kanak dilapor cedera dalam satu  kejadian letupan bom di Saba Yoi, Songkhla.

Dalam kejadian yang dilapor berlaku kira-kira 3.20 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang pada sebuah motosikalmeletup.

Ketua Polis Saba Yoi Kol Kongtup Sanatip berkata, motosikal itu diletakkan di tepi jalan, berdekatan sebuah kuil dan sekolah.

Tambahnya, ketua penolong pegawai daerah pejabat daerah Saba Yoi bersama tiga lagi anggota sukarelawan yang menaiki sebuah pikap trak kalis peluru yang melalui tempat kejadian mengalami kecederaan susulan letupan itu.

"Pikap trak tersebut tercampak ke dalam gaung," katanya.

Selain itu, enam orang awam termasuk tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan lima tahun yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, kesemua mangsa dibawa dan diberi rawatan di hospital berdekatan.

Kongtup berkata polis tidak menolak kejadian itu perbuatan balas dendam atas kematian lima anggota militan dalam satu pertempuran dengan pihak keselamatan di Cho-Airong, Narathiwat sehari sebelumnya.

Post a comment

0 Comments