2 lagi rakyat malaysia disahkan positif koronavirus


DUA
lagi rakyat tempatan disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV) dan ia disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mereka adalah lelaki berumur 45 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun yang  dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan yang tiba semalam.

Susulan saringan itu, dua anak beranak berkenaan jelasnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk menerima rawatan selanjutnya.

Keadaan kedua-dua mereka dilaporkan stabil.

“Manakala, ahli keluarga yang bersama mereka iaitu isteri lelaki itu dan seorang lagi anaknya negatif virus,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

BACA:
Misi pertama bawa pulang rakyat dari Wuhan berjaya

Dengan perkembangan itu, menjadikan keseluruhan 12 individu positif koronavirus di negara ini, dengan 9 daripadanya ialah warga China.

Seorang rakyat Malaysia sebelum ini disahkan positif wabak koronavirus.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan seorang wanita warga Kanada dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk ujian koronavirus.

Post a comment

0 Comments