2 rakyat M'sia dijangkiti koronavirus di Jepun


DUA
rakyat Malaysia disahkan terjangkit wabak koronavirus dan sedang menerima rawatan di Jepun.

Kedua mereka merupakan sebahagian 455 penumpang kapal pesiaran Diamond Princess yang kini berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya  hari ini. tambah Noor Hisham terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang berada atas kapal itu masih menunggu keputusan ujian bagi virus koranavirus.

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

“Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” menurut catatan itu.

Semalam, media melaporkan sebanyak 355 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini.

Terdahulu, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) meletakkan semua penumpang dan krew atas kapal itu sebagai kumpulan berisiko tinggi.


BACA:
355 penumpang Diamond Princess dijangkiti koronavirus

“Berdasarkan jumlah kes yang tinggi dikesan di dalam kapal Diamond Princess, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia membuat penilaian bahawa penumpang dan kru kapal berada dalam risiko pendedahan yang tinggi,” kata Kedutaan Amerika Syarikat di dalam surat kepada penumpang.

Kapal persiaran itu tiba di Jepun awal Februari lalu, dengan 3,700 penumpang dan kru kapal dari 50 negara dan rantau. Ia dikuarantinkan selepas mendapati penumpang yang turun di Hong Kong ketika pelayaran disahkan positif Covid-19 (koronavirus).

Post a comment

0 Comments