45 tahun 'berak' atas rumput



SEJAK
45 tahun lalu, seorang warga Jepun berhenti menggunakan tanda komitmennya terhadap konservasi alam sekitar.

Masana Izawa, 69, menjadikan najisnya sebagai baja asli bagi memastikan segala tumbuhan berhampiran tempat tinggalnya mendapat baja secara konsisten.

Bagaimanapun, Izawa mengakui epanjang tempoh itu, dia menggunakan tandas sebanyak 14 kali dan membuang air besar di kawasan terbuka sebanyak lebih 15,000 kali.

Tambahnya, dia juga sudah lali dengan kritikan masyarakat terhadap tabiatnya yang suka membuang air besar di tempat terbuka.

“Ada yang berkata tabiat saya jijik, tidak bersih dan melanggar undang-undang.

“Saya aktivis alam sekitar dan tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

lelaki yang tinggal di wilayah Ibaraki itu turut menegaskan dia bukan membuang air secara semberono tetapi memilih lokasi dengan tepat dan tidak mencemari sumber air.

“Jika ada yang memilih untuk mengikut cara saya, pastikan anda memilih lokasi yang betul dan tidak mencemari zon bersih.

“Pastikan anda menggali lubang dan menutupnya,” ujar Izawa lagi dipetik agensi.

Post a comment

0 Comments