8 pengakap maut dihanyut banjir kilat


LAPAN pelajar yang sedang mengikuti aktiviti pengakap dilapor maut akibat terperangkat dalam kejadian banjir kilat di Yogyakarta.

Sumber rasmi berkata, setakat tengahari semalam, enam mayat berjaya ditemui.

“Operasi mencari hari ini diteruskan sehingga jam 5.30 petang (waktu tempatan), namun segalanya bergantung kepada cuaca,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Yogyakarta, Pipit Eriyanto

Kesemua pelajar berkenaan adalah sebahagian 249 pelajar daripada persatuan pengakap tempatan yang berjalan di sepanjang sungai Sempor, berhampiran kota budaya Yogyakarta.

Mangsa yang maut terdiri daripada pelajar perempuan, berusia antara 12 dan 15 tahun.

Jurucakap Agensi Bencana Alam Nasional, Agus Wibowo berkata, aktiviti merentas sungai membabitkan kanak-kanak dan remaja adalah dilarang pada musim hujan.

Seramai 24 pelajar dari kumpulan 249 pengakap pula mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital ketika dilanda banjir,

Susulan kejadian, polis melancarkan siasatan bagi melihat jika wujud unsur kecuaian dalam tragedi berkenaan dan serentak dengan itu, sekurang-kurangnya enam guru sudah dipanggil untuk disoal siasat.
 

Post a comment

0 Comments