Adun Gunung Semanggol berdepan risiko muflis


ADUN
Gunung Semanggol, Razman Zakaria berdepan dengan risiko muflis dan memungkinkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Ia susulan kegagalan Psuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan saman yang sepatutnya dibayar kepada timbalan pengerusi Amanah negeri itu, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Razman sepatutnya membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 selepas disabitkan bersalah memfitnah Mohammad Nizar melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk "Pendekatan Nizar mirip DAP".

Menurut peguam mewakili Mohammad Nizar, Mohd Fitri Asmuni, berkata sehingga hari ini tiada sebarang bayaran dibuat oleh Razman kepada anak guamnya.

"Keseluruhan yang perlu dibayar oleh Razman kepada sebanyak RM254,150 ribu. Itu sudah termasuk kos dan faedah lewat bayar sekali.

"Kami sudah menghantar surat kepada peguam Razman sebelum ini dan meminta beliau membayar jumlah penghakiman tersebut selewat-lewatnya pada 29 Jan lalu.

"Tetapi, mengikut rekod saya setakat hari ini, Razman belum bayar apa-apa pun lagi," katanya dipetik kenyaaan di Malaysiakini.

Susulan itu, selepas berbincang dengan Mohammad Nizar, pihaknya bercadang untuk memulakan tindakan untuk mendapatkan pengisytiharan agar Razman muflis.
 

Post a comment

0 Comments