Agong temuduga semua ahli parlimen


YANG DI-PERTUAN AGONG
, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dilapor mengadakan dua sesi temuduga khas 'peribadi' bersama setiap Ahli Parlimen.

Difahamkan, pendekatan itu dilaksana Al-Sultan bagi melerai kekusutan politik yang melanda negara dan melantik salah seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti.

Langkah itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin di Istana Negara hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan tidak terlibat berikutan beliau sudah mengadap baginda semalam.

"Apa yg berlaku untuk hari ini dan esok ialah semua Ahli Parlimem akan dijemput untuk menghadap temu ramah secara peribadi.

"Lebih kurang dua hingga tiga minit seorang bermula jam 2.30 petang ini, bermula kumpulan pertama dengan seramai 90 orang. Bakinya esok.

"Proses temu ramah dilakukan sendiri Baginda dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali," kata Ahmad Fadil.

Menurutnya lagi, temu ramah sedemikian merupakan kali pertama diadakan di peringkat Persekutuan.

Post a comment

0 Comments