Anak beranak maut dihempap pokok sawit


SEORANG
ibu bersama dua anaknya maut dihempap pokok sawit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, kesemua mangsa difahamkan menunggang sebuah motosikal. Ketika melalui  Lorong Haji Ayub, Jalan Batu Puteh, dekat Batu Pahat mereka dihempap poko sawit sepanjang 2.5 meter itu.

Kesemua mereka yang terbunuh ialah wanita berusia 48 tahun, dan anaknya yang masing-masing berusia 17 dan 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor berkata, dua jentera dengan 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.


BACA: Motosikal bapa bergesel, budak 9 tahun maut
BACA: Misteri tidak pulang tiga hari



"Tiga mangsa berkenaan dipercayai dari kawasan Parit Siba melalui kawasan itu sebelum dihempap pokok kelapa sawit.

"Bomba mengambil mangsa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa dan membersihkan sisa pokok.

"Ketiga tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan.

Post a comment

0 Comments