Anak Dayangku Intan meninggal dunia.


ANAK perempuan tunggal artis popular era 1980-an, Dayangku Intan, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23, disahkan meninggal dunia 6 pagi, hari ini.

Difahamkan, Wanku Intan Syarafana menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi selepas pembedahan hati yang dilakukan sebelum ini.

Khabar duka itu dikongsi Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid melalui akaun Facebooknya.

"Assalamualaikum sahabat semua anak kesayangan saya pulang kepada penciptanya, Ya ALLAH Kau pinjamkan 23 tahun padaku syukur," katanyamelalui muat naik tersebut.

Wanku Intan Syarafana yang juga anak ketiga pasangan itu dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.

Sepanjang hayat, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Wanku Intan menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang, awal Februari lalu.

Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.

"Keadaan Dayang memang tidak dapat dibayangkan...Bayangkan bagaimana keadaan ibu yang telah menjaga seorang anak perempuan dengan begitu rapi dan penuh kasih sayang," kata suami Dayangku Intan, Rosman Yahlil dipetik laporan lain.

Rosmah sementara itu berkata, jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.

"Insya-Allah, jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah  turut mengutus salam takziah buat keluarga Dayangku Intan.

Ahli Parlimen Pandan itu menzahirkan ucapan itu diakuan rasmi Ywitternya sebentar tadi.

Post a comment

0 Comments