Angka kematian lepasi 2000 orang


ANGKA
korban akibat koronavirus (Covid-19) telah melepasi angka 2000 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China hari ini.

Menurut agensi berita Anadolu, pihak berkuasa mengatakan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 74,185 kes disahkan manakala 136 orang meninggal dunia.

Seramai 11,977 lagi yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal dan jumlah keseluruhan pesakit maut akibat virus itu di China sebanyak 2,005 orang.

Sementara jumlah pesakit yang masih  di bawah pemantauan perubatan menurun kepada 135,881 dan bilangan pesakit dibenarkan pulang meningkat kepada 14,376.

Virus itu merebak ke lebih 20 negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global

Dalam perkembangan lain, Singapura menjadi negara kedua tertinggi mencatatkan jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan 81 kes, diikuti Jepun 74 kes.

Namun kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 542 kes.

Semalam, pengarah sebuah hospital di Wuhan, Dr Liu Zhiming menjadi pekerja perubatan ketujuh menjadi korban akibat virus berkenaan.

Post a comment

0 Comments