Angkara dendam ketum


RUMAH
  kediaman seorang Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Perupok, Pasir Mas, terbakar awal pagi semalam.

Kebakaran itu  berpunca dari bom botol dibaling individu tidak dikenali yang dipercayai bermotif khianat ketiks pemilik kediaman, Razman Pak Dek yang bertugas di Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu tiada di rumah kerana terbabit dalam satu operasi.

Pemeriksaan di tempat kejadian menemui pemetik api dan botol berbau petrol.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan operasi rampasan ketum berhubung kejadian pada jam 2.45 pagi sebelumnya.

“Kejadian disedari abang ipar mangsa yang berada di rumah itu yang terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di garaj, pada masa sama dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan kelam kabut. Dia kemudian menghubungi bomba.

“Berkemungkinan kejadian yang berlaku ini ada kaitan dengan tugasannya (pegawai kastam) bagaimanapun siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan,” katanya di lokasi kejadian.

Kebakaran itu memusnahkan garaj, dua buah kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Toyota Yaris dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.

Post a comment

0 Comments