Anwar buka ruang Tun M nasihat kerajaan lepas jadi PM


PRESIDEN Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk memberi lebih masa kepada proses peralihan kuasa Perdana Menteri seperti dirancang.

Bercakap kepada Reuters di pejabatnya, Anwar berkata, setelah peralihan kuasa kelak berlaku, beliau juga bersedia memberi ruang untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyumbang buah fikirannya dalam memastikan agenda reformasi dijayakan.

"Anda menunggu 20 tahun, menunggu lagi enam bulan tidak benar-benar penting.

"Tidak ada perbezaan dasar sebenar yang drastik. Akan ada penekanan yang berbeza, tentu saja, tetapi secara peribadi, saya pasti sangat mengalu-alukan kehadiran dan sumbangannya dalam apa jua cara," kata Anwar seperti dilapor sebuah portal berita tempatan.

Disebalik pelbagai cubaan mengeruhkan hubungan kedua-dua pemimpin itu, termasuk cubaan menubuhkan kerajaan 'pintu belakang', Anwar tetap yakin bahawa proses perubahan kuasa itu berjaya.

Malah Mahathir sendiri sering mengulangi janjinya kepada rakyat dalam isu peralihan kuasa.

BACA:
Pertubuhan Pejuang Bahasa Melayu tolak cadangan PM
BACA: Generasi muda perlu kikis fahaman perkauman - Anwar 

Sebagai rekod, Mahathir akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar seperti dipersetujui dalam konsensus Pakatan Harapan (HARAPAN) yang termenterai sebelum gabungan itu mengambil alih kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Melalui persetujuan itu, Mahathir yang kini berusia 94 tahun bakal menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Interim (Sementara) dan kemudian menyerahkan kerusi tersebut kepada penggantinya Anwar.

Anwar dibebaskan atas pengampunan diraja sejurus selepas HARAPAN mengambil alih kerajaan pada 2018.

Cubaan gagal peralihan kuasa

Sementara itu, ketika ditanyakan sokongan untuknya mengetuai kerajaan, Anwar berkata, beliau tidak berdepan masalah dalam isu itu.

Mala hjelasnya, beliau bukan sahaja mempunyai sokongan kuat dari wakil kerajaan hari ini, tetapi juga dari beberapa Ahli Parlimen bukan dalam kerajaan.

"Sudah tentu, saya mempunyai banyak musuh politik. Beberapa orang yang korup akan melakukan apa sahaja untuk memastikan saya tidak memegang jawatan.

"Yang menyokong Mahathir sebagai PM, saya diberi jaminan bahawa mereka akan terus menyokong saya apabila saya mengambil alih jawatan," jelasnya menurut laporan itu.

Post a comment

0 Comments