APM 'cekup' ular sawa 180 kilogram


SEEKOR
ular sawa batik seberat 180 kilogram berjaya ditangkap di Johor Bahru semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru dalam kenyataannya berkata, reptilia itu ditangkap selepas kelibatnya dilihat berada di sekitar kawasan kabel pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kampung Sinaran Baru Selong.

Menurut APM lagi, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi daripada orang awam.

“Setibanya di lokasi kejadian, ular terbabit sudah diikat oleh kontraktor, sebelum membawanya ke kawasan lapang.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular sawa berkenaan disebabkan ia bertindak agresif,” katanya.

APM memaklumkan, reptilia itu berkemungkinan berada di kawasan berhampiran untuk mencari air dan sumber makanan disebabkan perubahan cuaca yang tidak menentu.

“Ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor untuk tindakan seterusnya sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya dipetik Harian Metro

Post a comment

0 Comments