Ashraf Sinclair tutup usia


PELAKON
, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair meninggal dunia jam pukul 4 pagi tadi.

Berita kematian Ashraf disahkan isterinya, Bunga Citra Lestari, memetik laporan oleh kompas.com, Bunga berkata, Ashraf meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung.

Ashraf Sincalir menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 40 tahun.

Menerusi laman Instagram rasmi Ashraf Sinclair, ramai rakan selebriti dari Malaysia dan Indonesia menzahirkan ucapan takziah.

Sementara itu, pengurus kepada isteri Allahyarham berkata, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit.

“Enggak ada (riwayat). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat,” kata Doddy di rumah mayat di Pejaten Barat, Jakarta Selatan dalam laporan berita tempatan.

Jenazah Allahyarham Ashraf dikebumikan di Sandiego Hills di Jakarta Selatan.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Menerusi laman Instagram rasmi Ashraf Sinclair, beberapa rakan selebriti dari Malaysia dan Indonesia menzahirkan ucapan takziah.

Post a comment

0 Comments