Bangunan terbakar, 30 warga emas terselamat


TINDAKAN pantas orang ramai berjaya menyelamatkan lebih 30 warga emas di sebuah rumah orang tua selepas bangunan di sebelah premis berkenaan terbakar malam kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Dalam kejadian di Lebuh Carnavon, Georgetown itu, orang ramai membantu membawa keluar warga emas ke kawasan lapang berhampiran.

Mereka khuatir kebakaran tiga buah kedai dua tingkat (kelas A) itu merebak ke rumah kebajikan berkenaan.

Diselamatkan | Sumber- Facebok
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dipetik berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak dan Bagan Jermal dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan mengenainya.

"Sampai di lokasi, didapati tiga buah kedai di bangunan dua tingkat dengan anggaran keluasan 20X60 kaki persegi setiap unit telah terbakar.

“Kedai di bahagian tengah terbakar sehingga 70 peratus manakala kiri dan kanan bangunan itu masing-masing terbakar sehingga 50 peratus pada bahagian atas.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan api berjaya dikawal daripada merebak pada 9.24 malam,” katanya sumber itu.

Post a comment

0 Comments