Bekas mak nyah selar Sajad, gesa dihukum


KETIKA
beberapa pertubuhan yang konon-nya memperjuangkan hak asasi mempertahan tindakan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam isu Umrah, lain pula kisahnya dengan beberapa individu yang merupakan bekas transgender.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Khariri Mohamad Ramli, 43 tegas menyatakan tindakan Muhammad Sajjad atau dikenali ramai dengan Nursajad ternyata melawan hukum Islam dan seakan mahu membuktikan golongan transgender juga boleh menunaikan umrah dengan mengekalkan imej wanita.

Menurut Mohd Khariri tindakan usahawan kotroversi itu berpakaian wanita ternyata kesilapan terbesar kerana seakan mempersendakan kesucian Islam.

Ia jelasnya hanya membuka ruang kepada lebih ramai golongan 'wanita jadian' bertindak seperti Sajad sekiranya pergi menunaikan umrah pada masa akan datang.

"Tidak perlu mencari publisiti (berpakaian wanita di Makkah) demi membuktikan golongan itu dapat menjejakkan kaki di Makkah kerana mereka perlu menghormati kesucian agama seperti dituntut Islam.

"Apa pandangan masyarakat apabila golongan transgender kini sudah semakin berani menghalalkan matlamat (berpakaian wanita) di Makkah. Kita sesekali tidak boleh berkompromi soal agama kerana kita dituntut mempertahankan Islam," katanya.


Mohd Khariri atau lebih mesra disapa Cikgu Ery turut mengingatkan apabila keputusan menunaikan umrah dibuat, seseorang itu seharusnya ikhlas dan kerana bukan sekadar mencari publisiti.

Pihak berkuasa perlu bertindak


Seorang lagi bekas mak nyah, Jefferi Mohd Nor, 55, berkata, pihak berkuasa agama perlu memanggil  Sajad untuk sesi kaunseling susulan tindakannya itu.

Ia jelasnya bagi memastikan apa yang dilakukan  Sajad tidak menjadi ikutan individu transgender lain.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengesahkan Muhammad Sajad seorang lelaki secara biologi.

Manakala Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan menegur perbuatan itu dan menegaskan Sajad perlu melakukan ibadah itu sebagai seorang lelaki.


Join open group

Zulkifli turut menjelaskan, perbuatan Sajad memakai pakaian wanita adalah haram dan dikira berdosa.

Sementara itu, Jeffri mengingatkan mana-mana transgander yang mahu menunaikan ibadat umrah agar benar-benar bersedia secara fitrah.

"Pada 2016, saya berhasrat menunaikan umrah namun masih memakai silikon pada payu dara. Saya kemudian dinasihatkan membuangnya dan kembali kepada fitrah sebagai lelaki.

"Jadi selepas membuang silikon dan bersedia sepenuhnya, saya sekali lagi mendaftar pada 2017 dan bersyukur diberi keizinan menjadi tetamu Allah dan kembali menjadi lelaki," katanya.

Beliau yang juga ahli perniagaan kosmetik berkata, keinsafan perlu datang dari dalam hati kerana mahu berubah dan beribadah kepada Allah SWT kerana ia menunjukkan keikhlasan seseorang itu.

Post a comment

0 Comments