Berita palsu: Zed Zaid disiasat SKMM


PRESIDEN
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi disoal siasat hampir tiga jam oleh Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia susulan satu hantaran di laman sosial miliknya yang didakwa berita palsu berkaitan penularan koronavirus.

Zed atau namanya Rozaidi Abd Jamil yang ditemui media selepas disoal siasat semalam mengesahkan dia ditanya mengenai hantaran  tersebut.

Dia sebelum ini berkongsi imej “berita tergempar” berbunyi: Semua negara mengharamkan pelancong China kecuali Malaysia) dengan petikan ,“Duduk malaysia pun tak selamat terpaksa pakai tutup hidung ni 24 jam dari influenza ke konovirus pula lepas ni tak tau apa bala lagi nak turun.

“Mesti Malaysia ada buat benda-benda tak baik ni... hmmm aku rasa rakyat je yang tau,” katanya.

BACA:
'Conovirus' Zed Zaidi kena kecam sebar berita palsu
Tindakan bekas pelakon itu memuat naik imej tersebut mengundang kecaman ramai kerana jelas dipaparkan pautan URL aplikasi breakyourownnews.com pada imej tersebut.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menghasilkan tajuk berita palsu yang dikehendaki.

Susulan muat naik itu sebelum ini pengguna media sosial malah menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap Zed yang juga seorang anggota Umno.

Sementara itu, Zed yang menjelaskan memuat naik 'berita' ituy bagi menunjukkan topeng muka yang baru dibelinya menasihati orang ramai agar tidak berkongsikan berita palsu.

Post a comment

0 Comments