Bob Lokman dimasukkan ke hospital semula


PELAKON dan penulis lirik popular Bob Lokman telah dimasukkan semula ke hospital sejak seminggu lalu.

Memetik laporan Metro, Bob, 55, dimasukkan semula ke Hospital UiTM di Sungai Buloh pada 7 Febuari lalu setelah mengadu sesak nafas selepas dibenarkan pulang pada 5 Febuari lalu.

Isterinya, Relawati Daud, 42, dipetik berkata, selepas dua hari pulang dari hospital, Bob mengadu sesak nafas dan terpaksa dimasukkan ke wad semula untuk rawatan.

“Sepatutnya dia akan meneruskan kuliah dan berdakwah di Terengganu semalam. Bagaimanapun, tempatnya terpaksa digantikan ustaz lain. Selepas keluar dan betul-betul sihat baru boleh buat jadual kuliah baru. Dia kena berehat dulu,” katanya menurut laporan tersebut.

BACA: Bob Lokman rebah ketika misi dakwah

Sebelum itu, Bob dimasukkan ke hospital sama sejak 19 Januari lalu akibat masalah air berlebihan dalam badan selain ada alahan ubat di bahagian kaki.

Masalah itu dialaminya ketika berada di Terengganu bagi aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Isu kesihatan Bob perhatian ramai pihak antaranya Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan rakan-rakan artis.

Sementara itu, Relawati menjelaskan keadaan kesihatan Bob ketika  semakin baik.

“Alhamdulillah, dia sudah stabil. Insya-Allah dalam sehari dua ini dia boleh keluar,” katanya.
 

Post a comment

0 Comments