Budak maut jatuh dalam periuk kari panas


SEORANG
budak perempuan dilapor meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas.

Mangsa berusia tiga tahun itu melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk kari itu baru saja siap dimasak

Kejadian itu yang berlaku di sebuah sekolah d Uttar Pradesh, India dikatakan tidak disedari oleh tukang masak yang didakwa mendengar muzik dengan menggunakan fon telinga ketika kejadian.

Abang kepada mangsa yang menyaksikan kejadian itu turut menjerit untuk meminta tolong, tetapi tidak didengari tukang masak berkenaan.

Kes membabitkan kanak-kanak mati di sekolah akibat kecuaian manusia seperti itu bukan pertama kali berlaku di India.

Pada November tahun lalu, seorang budak lelaki yang juga berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari di daerah Ranga Reddy di Telangana.

Pada awal bulan sama, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun pula termasuk ke dalam kawah gulai yang menggelegak.

Susulan kejadian, Majistret Daerah, Sushil Kumar Patel memerintahkan guru besar sekolah terbabit digantung daripada tugas.

Sementara, Pegawai Pendidikan Asas daerah pula berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan penuh berhubung kejadian.

“Tindakan akan diambil. Saya diberitahu bahawa budak itu bukan murid di sekolah berkenaan,” katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments