Ditinggal seorang, bayi maut dalam kebakaran


SEORANG bayi perempuan berusia 10 bulan maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di  Gemas, siang tadi.

Siti Nur Aini Zulimi maut dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal mengesahkan kejadian itu.

Jelasnya, mangsa dipercayai ditinggalkan berseorangan ketika sedang tidur di dalam buaian elektrik di dalam rumah sementara ibunya keluar ke Pejabat Pos di Pekan Gemas kerana mempunyai urusan.

“Siasatan awal terhadap ibu mangsa mendapati dia keluar ke pejabat pos di pekan Gemas sekitar 10.30 pagi dan sempat berpesan kepada jirannya untuk bantu lihat jika bayi perempuannya yang ditinggalkan di buaian elektrik menangis.

“Setelah itu ibu mangsa terima telefon dari jiran menyatakan rumahnya telah terbakar.

"Apabila dia sampai di rumah anaknya telah meninggal dunia akibat kebakaran itu,” katanya dipetik.

Ketika kejadian bapa mangsa yang merupakan seorang tentera tiada di rumah dan sedang bertugas di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas.

“Buat masa ini siasatan lanjut berhubung berkenaan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambahnya sambil menjelaskan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Post a comment

0 Comments