DJ Rizal Kedahfm meninggal dunia


JURUHEBAH
Radio Malaysia Kedahfm, Mohd Rizal Ismail, 36, dilapor meninggal dunia.

Difahamkan, Allahyarham mula bertugas di stesen radio berkenaan sejak 2006 dimasukkan ke hospital sejak Selasa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 1.26 tengah hari.

Berita mengenai kematian Mohd Rizal dikongsikan portal Kedahfm.

Sebelum ini, Mohd Rizal difahamkan  hampir terjatuh ketika sedang berbual di atas motosikal di tempat kerjanya.

“Rakan-rakannya sempat menyambutnya lalu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Dia juga dalam keadaan separuh sedar ketika menerima rawatan sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi,” kata ibunya, Hasnah Mohamad, 66 tahun.

Sementara itu, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik disifatkan sebagai seorang perahsia terutama membabitkan masalah kesihatan

“Setiap kali saya tanya tentang kesihatan dia, arwah akan kata dia sihat kerana dia selalu bersukan,” katanya

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Al-Abrar, Taman Peruda pada 5.40 petang dan disolatkan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin di Taman Kelisa, Sungai Petani kira-kira 7.05 malam tadi.

Allahyarham yang berkhidmat meninggalkan seorang balu, Nor Hafizah Ghafar, 36, dan seorang anak perempuan, Qays Danisya, 4.

Post a comment

0 Comments